Profile Syarikat
Bintang Timur Construction (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada penghujung tahun 2020 sebagai sebuah syarikat kontraktor yang mengkhusus dalam pembinaan rumah di atas tanah sendiri. Berpusat di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan, syarikat ini komited dalam merealisasikan kediaman impian pelanggan. Sejak penubuhannya, Bintang Timur Construction telah berjaya menyiapkan lebih daripada 200 unit rumah tanpa sebarang projek terbengkalai, mencerminkan kecekapan dan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
VISI
Menjadi syarikat pembinaan yang dipercayai dan terkemuka dalam industri, dengan komitmen untuk membina kediaman berkualiti tinggi yang memenuhi impian pelanggan serta mengekalkan standard kecekapan, ketepatan masa, dan ketelusan dalam setiap projek yang dilaksanakan.


